Monday, 21 October 2013

UCAPKAN ALHAMDULILLAH....

Assalammualaikum w.b.t kepada semua pembaca blog Rahsia Pelaburan Emas...lama sungguh saya tak update blog ini. Kekangan masa dengan pelbagai tugasan membataskan waktu serta menjejaskan tumpuan untuk menulis.

Apapun, syukur ke harat Allah s.w.t kerana dengan izinnya, semua produk emas Public Gold kini diterima untuk gadaian di 2 lagi institusi Ar Rahnu iaitu Ar Rahnu Bank Rakyat dan Ar Rahnu Pos Malaysia.


arrahnu ar rahnu bank rakyat gadai pajak emas public gold
                                      Gadaian di Ar Rahnu Bank Rakyat bermula dari 1 Okt 2013.



ar rahnu gadai pajak emas public gold pos malaysia arrahnu
                          Produk Public Gold diterima di Ar Rahnu Pos Malaysia bermula pada 9 Okt 2013.


koperasi tentera ar rahnu arrahnu emas pajak gadai marhum public gold
       Sebelum ini, hanya Ar Rahnu Koperasi Tentera (KT) sahaja yang menerima produk Public Gold. 


Berita baik ini pastinya melegakan hati para penyimpan dan pelabur emas...
Boleh senyum sampai ke telinga ..hehe...

senyum happy hepi smiling smile ar rahnu pajak gadai public gold emas 916 999

AWAS !!!!!

Nasihat saya, untuk menggunakan Teknik Ar Rahnu memerlukan ilmu dan strategi yang betul. Silap percaturan dan strategi bakal mengundang masalah besar. Tips dan pengalaman saya menggunakan Ar Rahnu akan saya kongsikan dalam post akan datang..tungguuu...

Berhati-hati juga dengan skim pelaburan emas yang menggunakan teknik manipulasi pajak gadai Ar Rahnu. Ramai yang telah merana memikul beban hutang kerana terpengaruh dengan janji manis pengedar atau penjual yang menggunakan teknik ini.

Apapun, duit kita, kita yang tentukan portfolio pelaburan mengikut kemampuan dan tahap kesanggupan kita memikul risiko....Pastikan kita benar-benar faham dengan pelaburan yang kita ceburi....jangan sampai duit yang dilabur terus MELEBUR...jadilah pelabur yang bijak..


Saya doakan kita semua Kaya dan Berjaya selalu...
Amiinnnn..



No comments:

Post a Comment