7 Sebab Kenapa Kita Perlu Memiliki Emas



Bila bercerita tentang emas pada kawan-kawan, ramai yang masih kurang percaya perlunya kita mendapatkan emas untuk simpanan jangka panjang mahupun untuk pelaburan. Mungkin kerana faktor kesedaran ataupun terlalu bergantung kepada portfolio pelaburan yang berasaskan wang kertas menjadikan kita alpa pada kekuasaan dan aura yang dimilki oleh logam seperti emas dan perak.


1. Emas adalah nilai kekayaan yang sebenar

Bila kita nampak ada orang pakai gelang emas yang besar atau rantai emas yang labuh dan berat, pasti kita akan terfikir - "Ohh...kayanya dia..emas punya la mahal tapi dia boleh lagi pakai emas banyak macam tu? "..apa yang boleh kita fikirkan disini??...inilah yang saya maksudkan dengan nilai kekayaan sebenar..walaupun cerita ini tidak boleh diambil sebagai ukuran 100% orang tu kaya, tapi gambaran awal kita mesti akan mengatakan orang tersebut kaya / mempunyai lebihan cash yang membolehkan dia menyimpan / memakai emas yang besar dan berat..

Emas memang merupakan simbol kekayaan, kekuasaan, kejayaan dan kecantikan. Sejak zaman dahulu, emas mempunyai tingkatan darjatnya yang tersendiri berbanding logam yang lain. Warna emas yang sangat menarik serta stok yang semakin kurang di serata dunia menjadikan emas sentiasa menjadi rebutan manusia. Selain itu, sifat emas itu sendiri yang tidak boleh dibinasakan telah menjadikan emas sebagai penyimpan nilai yang baik. Emas tidak boleh terbakar, tidak reput, tidak berkarat dan sentiasa bersinar cantik. Sesuatu objek yang tidak boleh dibinasakan boleh dianggap sebagai penyimpan nilai yang baik.




2. Emas sebagai sandaran kepada simpanan cash kita

Guru pelaburan saya mencadangkan agar simpanan bulanan kita dibahagi kepada 2 jenis iaitu simpanan dalam bentuk cash dan juga simpanan dalam bentuk emas (maybe 50% cash -50% emas). Cash memang perlu kita simpan especially untuk kegunaan kecemasan. Tapi kita sandarkan 50% lagi baki simpanan kita dalam bentuk emas. Ini adalah kerana emas kalis inflasi. Nilai emas akan naik untuk jangkamasa panjang tetapi nilai wang kertas semakin merosot. Kalau 20 tahun dulu kita ke sekolah menengah mencukupi dengan hanya RM1.50, tapi sekarang RM7-10 pun belum tentu cukup. Lihat kepada harga roti canai, nasi lemak, susu, beras dan lain-lain barang keperluan harian kita. Semakin hari semakin naik dan menjadikan duit kita seolah-olah susut mengikut masa.

Jika kita hanya fokus kepada simpanan dalam bentuk wang kertas (ASB, Tabung Haji, Mutual Fund, Insuran dll), maka dalam tempoh akan datang, nilai simpanan kita pasti akan berkurang. Kuasa beli wang kertas akan semakin mengecil akibat inflasi.


3. Emas merupakan simpanan jangka masa panjang

Jika kita lihat trend harga emas untuk 10 tahun seperti dalam graf dibawah, kita memang tak boleh nak nafikan bahawa emas merupakan simpanan untuk jangka masa panjang. Pastinya kita akan terfikir - "kenapa dari dulu aku tak simpan emas...kalau dari dulu aku simpan, mesti sekarang aku dah kaya "..(hehe)...sepanjang 10 tahun yang lalu, harga emas telah meningkat daripada USD322.10/oz kepada USD1900.30/oz yang mana peningkatan ini bersamaan dengan 396.74% atau secara puratanya 39.67% setahun (1 oz bersamaan dengan 31.10 gram)...


Untuk nak semak trend dan harga semasa emas, boleh lawati laman web Kitco.com


4. Emas lambang kejayaan dunia dan akhirat

Kenapa ea saya katakan emas sebagai lambang kejayaan dunia dan akhirat?..ini kerana kalau kita lihat dalam mana-mana sukan sekalipun, kebiasaannya emas akan diberi kepada pemenang tempat pertama...lihat saja sukan bolasepak paling berprestij iaitu Piala Dunia, hadiah kepada pemenangnya adalah merupakan piala yang diperbuat daripada emas 18 karat dengan berat 5kg..WOW...hebat tak?.setuju tak kalau saya katakan ini salah satu lambang kejayaan dunia?..


Bayangkan kita dapat menjulang trofi emas seberat 5kg...pasti rasa teruja yang amat..hehe..?





Bagi yang muslim, kita bukan sahaja mengharap kejayaan hidup di dunia..malah melangkui sempadan itu sebenarnya...pastinya kita mahukan kejayaan di akhirat juga...terjemahan ayat dibawah menerangkan maksud kata-kata saya...



 Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera



Menjadi penghuni syurga adalah tanda kejayaan seorang muslim dalam kehidupan yang kekal abadi nanti..kita akan dianugerahkan dengan pelbagai kenikmatan ketika di syurga yang mana antaranya kita akan dihias dengan gelang-gelang emas dan mutiara..bersyukurlah kita jika kita menjadi sebahagian daripada penghuni syurga..Amin...

...emas merupakan simbolik kejayaan seseorang di dunia dan diakhirat..





5. Emas adalah aset mudah cair


Emas boleh dijual atau dipajak. Dengan mempunyai emas, kita boleh menggunakannya apabila keadaan memerlukan. Emas yang dipakai / disimpan bole ditukarkan kepada wang tunai dengan cara memajak emas tersebut di kedai pajak atau Ar-Rahnu..atau kita juga boleh menjual emas tersebut kepada dealer (emas PG) atau di kedai emas (pastikan menjual emas di kedai emas adalah langkah paling terakhir atau terdesak..jgn buat kalau takde keperluan penting). Duit yang diperolehi boleh digunakan untuk menambah modal perniagaan atau sebagai bayaran pendahuluan untuk instrumen pelaburan yang lain, contohnya pelaburan hartanah.




6. Emas mempunyai nilai didalam emas itu sendiri

Wang yang tidak disandarkan kepada benda berharga seperti emas dipanggil wang fiat seperti wang kertas yang kita guna pada hari ini. Wang fiat ini boleh dihasilkan sendiri oleh pemerintah. Ianya hanyalah kertas yang diberi nilai diatasnya. Jika kerajaan memberi nilai RM5.00 ke atas kertas tersebut maka nilai wang tersebut adalah RM5.00 walapun hakikatnya nilai kertas untuk mencetak wang tersebut bukanlah bernilai RM5.00. Mantan Perdana Menteri pun pernah menyebut tentang perkara ini dalam perutusan Aidilftiri pada 18/01/99 (klik disini).

Wang fiat dengan mudah dimanipulasi bagi kepentingan sesebuah kerajaan atau negara. Bagi emas, ianya tidak boleh dihasilkan dengan sendiri. Ia sejenis logam yang perlu dicari, digali, ditulenkan dan dibentuk. Penghasilan emas adalah proses yang sukar dan memerlukan masa dan tenaga yang agak lama. Tidak ada kerajaan yang boleh mencetak emas sesuka hati seperti wang fiat. Kerana itulah emas akan sentiasa bernilai.

Kesimpulannya, jika ingin menyimpan wang maka simpanlah dalam bentuk emas...sandarkan wang kita kepada emas supaya wang kita tadi tak terjejas teruk akibat inflasi.


7.  Emas semakin popular

Negara-negara seperti India dan China sedang sibuk mengumpul emas kerana peningkatan dalam pendapatan penduduk negara-negara ini membolehkan mereka mampu memiliki emas. Keunikan dan nilai emas itu sendiri menjadikan emas sentiasa menjadi pilihan manusia diserata dunia.
 

 
 
Petikan daripada dawn.com : People investing in yellow metal
 
 

SEGERA BERTINDAK SEKARANG .....

Krisis ekonomi terkini yang melibatkan cyprus telah menjadikan harga emas semakin rendah di penghujung Mac 2013 ini. Harga terkini emas Public Gold pada 29.3.2013 (1.00am) adalah RM700 utk 1 dinar berbanding harga pada 22.3.2013 iaitu pada RM712.00 untuk 1 dinar (harga ini merupakan antara harga terendah sepanjang 2013 ni..)





 
Ini merupakan harga terbaik kepada mereka yang masih belum memiliki emas untuk memulakan pelaburan pertama mereka. Kepada yang dah ada emas, apa lagi..let's shopping...pembelian secara konsisten amat penting bagi membolehkan kita sebagai pelabur/pemegang emas mendapatkan kelebihan daripada harga purata emas.


Jom Beli - Simpan - Jual Emas

Rohaya Ahmad
Dealer Public Gold
019-3829751

No comments:

Post a Comment