Salam...
Hahh!..Menarik cerita ni...cubaan menangguhkan perlantikan Jenet Yellen dari menjadi Pengerusi Federal Reserve US (macam Bank Negara la) oleh Senator dari Kentucky, Rand Paul.
Antara isu-isu yang melingkari Federal Reserve pada masa ini adalah ketelusan dan reformasi dalam cara bank pusat US itu menguruskan ekonomi mereka.
Buat pembaca yang mungkin tidak mengenali, Rand Paul adalah anak kepada Ron Paul, anggota Kongres US dari Texas. Ron adalah calon Presiden US dari Republikan pada pemilihan 2008 yang menentang keras dasar campurtangan US di luar negara, pro perdagangan bebas dan menentang pencerobohan US ke atas Iraq pada tahun 2003. Beliau adalah bekas doktor bedah tentera US semasa perang Vietnam.
Semasa kempen Presiden 2008, beliau mengkritik keras dasar US dan Federal Reserve. Antara bahan kempen beliau adalah mengembalikan sistem matawang US yang berasaskan sandaran emas seperti sebelum 1971.
Baca selanjutnya di SINI ya... : www.wealthdaily.com
Selain itu, mesyuarat Federal Open Market Comiitee atau selalunya disebut FOMC akan berlangsung pada hari ini, 29.10.13 sehingga tengahari esok (waktu US). Mesyuarat akan membincangkan halatuju polisi kewangan US seperti kadar faedah untuk jangka panjang dan pendek.
Buat masa ini, persoalan yang selalu menjadi sentimen penting dikalangan pelabur-pelabur adalah, bilakah Federal Reserve akan memulakan program pemotongan pakej ransangan bulanan berjumlah USD85 billion.
Pelbagai isu ini pastinya akan mempengaruhi pergerakan harga emas dunia samada Bullish (menaik), sideways (mendatar) atau Bearish (menurun). Apapun, saya kongsikan harga emas yang sempat saya capture pada jam 7.55pm tadi, beberapa minit sebelum pasaran US dibuka jam 8pm (bersamaan jam 8am waktu US).
Bagi pelabur yang ingin meraih keuntungan cepat perlu sentiasa mengikuti berita yang bakal memberi kesan kepada pergerakan harga emas. Kena pantau chart selalu hehe :)
Harga Produk Emas Public Gold di : www.publicgold.com.my |
Untuk mendaftar sebagai pelanggan produk Public Gold secara percuma, cara-caranya ada diterangkan di SINI. Ikuti langkah mudah seperti yang diterangkan ya.
Apa keistimewaan Produk Public Gold nie?...okay, macam-macam ada...baca di artikel yang saya post sebelum ini ya...klik SINI.
JADILAH PELABUR YANG BIJAK
SEMOGA KITA KAYA DAN BERJAYA