Thursday, 7 November 2013

Salam....

Alhamdulillah...baru selesai buat kuliah ringkas tentang pelaburan emas dengan rakan-rakan sekerja.

- kepentingan mempunyai simpanan emas sebagai sebahagian dari portfolio simpanan
- ilmu dalam setiap lapangan yang diceburi
- prospek emas dalam jangkamasa panjang
- penetapan matlamat simpanan
- strategi menyimpan

Rakan-rakan saya ni orang biasa-biasa sahaja...marhain tetapi berjiwa besar. Alhamdulillah kini mereka melihat dari persepektif yang lebih luas. Semoga Allah lorongkan mereka pintu-pintu rezeki yang diberkati, amiinn...inshaaAllah...


emas simpanan pelaburan masa depan gold saving



"Semoga ilmu yang sedikit kami kongsikan ini mampu memberi manfaat kepada manusia yang lain, inshaaAllah "


Tuesday, 29 October 2013

Update tentang bakal peneraju Federal Reserve US

janet yellen federal reserve gold price bernard gold jump



Salam...

Hahh!..Menarik cerita ni...cubaan menangguhkan perlantikan Jenet Yellen dari menjadi Pengerusi Federal Reserve US (macam Bank Negara la) oleh Senator dari Kentucky, Rand Paul.

Antara isu-isu yang melingkari Federal Reserve pada masa ini adalah ketelusan dan reformasi dalam cara bank pusat US itu menguruskan ekonomi mereka.

Buat pembaca yang mungkin tidak mengenali, Rand Paul adalah anak kepada Ron Paul, anggota Kongres US dari Texas. Ron adalah calon Presiden US dari Republikan pada pemilihan 2008 yang menentang keras dasar campurtangan US di luar negara, pro perdagangan bebas dan menentang pencerobohan US ke atas Iraq pada tahun 2003. Beliau adalah bekas doktor bedah tentera US semasa perang Vietnam.

Semasa kempen Presiden 2008, beliau mengkritik keras dasar US dan Federal Reserve. Antara bahan kempen beliau adalah mengembalikan sistem matawang US yang berasaskan sandaran emas seperti sebelum 1971.

Baca selanjutnya di SINI ya... : www.wealthdaily.com

Selain itu, mesyuarat Federal Open Market Comiitee atau selalunya disebut FOMC akan berlangsung pada hari ini, 29.10.13 sehingga tengahari esok (waktu US). Mesyuarat akan membincangkan halatuju polisi kewangan US seperti kadar faedah untuk jangka panjang dan pendek.

Buat masa ini, persoalan yang selalu menjadi sentimen penting dikalangan pelabur-pelabur adalah, bilakah Federal Reserve akan memulakan program pemotongan pakej ransangan bulanan berjumlah USD85 billion. 

Pelbagai isu ini pastinya akan mempengaruhi pergerakan harga emas dunia samada Bullish (menaik), sideways (mendatar) atau Bearish (menurun). Apapun, saya kongsikan harga emas yang sempat saya capture pada jam 7.55pm tadi, beberapa minit sebelum pasaran US dibuka jam 8pm (bersamaan jam 8am waktu US).

Bagi pelabur yang ingin meraih keuntungan cepat perlu sentiasa mengikuti berita yang bakal memberi kesan kepada pergerakan harga emas. Kena pantau chart selalu hehe :)




Harga Produk Emas Public Gold di : www.publicgold.com.my

Untuk mendaftar sebagai pelanggan produk Public Gold secara percuma, cara-caranya ada diterangkan di SINI. Ikuti langkah mudah seperti yang diterangkan ya.

Apa keistimewaan Produk Public Gold nie?...okay, macam-macam ada...baca di artikel yang saya post sebelum ini ya...klik SINI.


JADILAH PELABUR YANG BIJAK
SEMOGA KITA KAYA DAN BERJAYA




Monday, 28 October 2013

JANGKAAN HARGA EMAS MINGGU INI...BERMULA 28.10.13 (ISNIN) HINGGA 1.11.13 (JUMAAT)

Setiap hujung minggu, pihak Kitco.com biasanya akan melakukan survey jangkaan harga emas untuk minggu berikutnya.

Bagi minggu bermula 28.10.13 hingga 1.11.13, 76.92% responden membuat jangkaan bahawa harga pada minggu ini adalah BULLISH iaitu menaik. Betul ke?...



survey kitco harga emas dunia


Okay, jom kita sama-sama check...dengan menggunakan MetaTrader saya cuba membuat jangkaan harga menggunakan Analisa Teknikal yang telah dipelajari. Kaedah yang saya gunakan adalah dengan teknik Fabonaci.

Lihat gambar dibawah. Pada masa ini, trend harga emas sememangnya dalam keadaan MENAIK (BULLISH). Menggunakan fabonaci, saya menganggarkan harga emas akan menempa resistant berikutnya pada paras $1361/oz iaitu pada titik fibonaci 61.8% (lihat titik E). Saya membuat analisa ini berdasarkan kepada harga tertinggi yang dicatat sekitar Ogos 2013 yang lalu (lihat titik A) sehingga ke harga terendah pada 15.10.13 (titik B).

Kenapa saya cuba teknik ni?..sebab secara asasnya kalau harga tengah turun, pasti harga akan naik semula. Persoalannya, bila nak naik dan berapa banyak naik?..teknik ni boleh membantu kita untuk menjangka harga yang pasaran mampu pergi. Namun, berapa cepat dia naik bergantung kepada kehendak pasaran. Kalau kuat tekanannya, maka cepatlah harga akan naik semula.


Analisa dibuat pada 28.10.13

So, jika ada yang ingin menambah stok emas, atau ingin membeli hadiah perkahwinan atau hadiah hari lahir utk yang tersayang :) , masih sempat lagi untuk rebut peluang semasa harga masih rendah sebelum ianya mampu break resistant $1361 nanti.

Produk emas Public Gold (dinar, gold bar, barang kemas i-series, barang kemas d-series) menjanjikan pulangan yang baik untuk anda kerana SPREAD nya yang RENDAH.

emas public gold dinar rantai i series pelaburan emas untung emas
Antara contoh produk Public Gold untuk pilihan anda


i series public gold rantai tangan emas padat design gajah
Produk Barang Kemas Investment Series Public Gold - zero upah tukang

like


SEMOGA ANDA BELAJAR SESUATU DARIPADA POSTING INI. 
SAYA DOAKAN KITA KAYA DAN BERJAYA, INSHAALLAH...
SAMA-SAMA KITA JADI PELABUR YANG BIJAK



WORLD'S GOLD PRODUCING COUNTRIES

Tahukan anda negara mana merupakan pengeluar emas TERBESAR di dunia?....

Pastinya Negara China...China merupakan pengeluar emas terbesar didunia dengan kapasiti 370 metric tons. Diikuti Australia dengan kapasiti 250 metric tons.

Gambar dibawah adalah senarai 10 buah negara pengeluar emas terbesar di dunia.

gold mining emas pengeluar emas terbesar dunia australia
Sumber : http://www.mining.com


Untuk dapatkan details kapasiti pengeluaran emas untuk setiap negara, anda boleh layari laman web ini. Banyak infographics menarik dan bermanfaat tentang emas dalam website ini.

http://www.mining.com/web/infographic-worlds-gold-producing-countries/

Semoga anda belajar sesuatu daripada perkongsian ini. InshaaAllah...


Wednesday, 23 October 2013

BEZA ANTARA MATAWANG (CURRENCY) DAN WANG (MONEY)

Tahukah anda perbezaan antara Matawang (currency) dan Wang (Money) ? Jika anda masih kabur, tontonlah video khas ini yang disediakan oleh tokoh hebat dunia pelaburan emas dan perak iaitu Mike Maloney.

Siapa Mike Maloney nie?...hebat ke dia?..hehe...jika anda ingin mengenali Mike Maloney, beliau adalah pengasas dan tuanpunya GoldSilver.com iaitu peneraju dunia dalam pelaburan emas dan perak. Baca lagi tentang beliau DI SINI.


mike maloney goldsilver.com emas perak duit wang matawang currency money
Mike Maloney

Beliau juga merupakan penulis buku Best Seller "Guide to Investing Gold & Silver" yang menjadi rujukan ramai pelabur dan jutawan emas di seluruh dunia.


mike maloney guide to investing in gold and silver emas perak



Terbaru, beliau mendedahkan tentang rahsia disebalik wang atau duit melalui video-video beliau di Hidden Secrets of Money. Terdapat 4 episod menarik yang boleh kita tonton dan ambil pengajaran daripadanya supaya kita mampu menukar setiap MASALAH menjadi PELUANG dalam menghadapi krisis ekonomi dan matawang yang pastinya semakin menghampiri kita.


Dalam episod pertama ini, beliau mendedahkan tentang apa sebenarnya Matawang dan Wang. Saya percaya kita juga keliru dan sukar untuk bezakan antara dua nie. Apa yang pasti, WANG sepatutnya mampu MENYIMPAN NILAI. Ini ciri paling asas untuk Wang yang harus kita fahami.


Tonton video ini sehingga habis ya...saya akan share episod seterusnya dalam posting akan datang. Selamat menuntut ilmu. Semoga anda belajar sesuatu daripada video ini.


mike maloney hidden secrets of money currency emas perak goldsilver.com


KITA KAYA DAN BERJAYA !!!

Tuesday, 22 October 2013

PRESTASI HARGA EMAS MALAM INI - 22.10.13

Baru sebentar tadi diumumkan data Non Farm Payroll (NFP) untuk bulan Sept 2013 dimana ianya merupakan salah satu parameter penting dalam menunjukkan pertumbuhan ekonomi Amerika. NFP ini merangkumi data tenaga buruh bagi sektor barangan, syarikat pembinaan dan pembuatan di US. Kebiasaannya data NFP ini akan dikeluarkan oleh Jabatan Buruh US pada setiap Jumaat, minggu pertama setiap bulan. Disebabkan isu Govt Shutdown tempohari, maka data bulan Sept hanya dikeluarkan pada hari ini, 22 Okt 2013.


NFP US Non Farm Payroll emas


Data NFP pada bulan Sept telah menurun kepada 148K berbanding 193K pada Ogos 2013. Jangkaan yang dibuat oleh Jabatan Buruh adalah sebanyak 180K. Perbezaan yang ketara ini telah memberikan kesan langsung kepada pergerakan harga emas pada malam ini.


NFP Non Farm Payroll emas naik bullish data
US NFP Chart

trend emas naik NFP bullish pajak
Pergerakan Harga Emas malam ini selepas data NFP dikeluarkan

Secara peribadi, saya mengharap gold rally ini akan berterusan untuk satu ketika dan mampu melepasi resistance 1371USD dalam masa terdekat. Sama-sama kita doakan... :)


doa emas kaya


LIKE page kami di Nurroh Jutawan Emas untuk tips-tips terkini berkaitan Pelaburan Emas Fizikal
Kita Kaya dan Berjaya...inshaaAllah



Monday, 21 October 2013

UCAPKAN ALHAMDULILLAH....

Assalammualaikum w.b.t kepada semua pembaca blog Rahsia Pelaburan Emas...lama sungguh saya tak update blog ini. Kekangan masa dengan pelbagai tugasan membataskan waktu serta menjejaskan tumpuan untuk menulis.

Apapun, syukur ke harat Allah s.w.t kerana dengan izinnya, semua produk emas Public Gold kini diterima untuk gadaian di 2 lagi institusi Ar Rahnu iaitu Ar Rahnu Bank Rakyat dan Ar Rahnu Pos Malaysia.


arrahnu ar rahnu bank rakyat gadai pajak emas public gold
                                      Gadaian di Ar Rahnu Bank Rakyat bermula dari 1 Okt 2013.



ar rahnu gadai pajak emas public gold pos malaysia arrahnu
                          Produk Public Gold diterima di Ar Rahnu Pos Malaysia bermula pada 9 Okt 2013.


koperasi tentera ar rahnu arrahnu emas pajak gadai marhum public gold
       Sebelum ini, hanya Ar Rahnu Koperasi Tentera (KT) sahaja yang menerima produk Public Gold. 


Berita baik ini pastinya melegakan hati para penyimpan dan pelabur emas...
Boleh senyum sampai ke telinga ..hehe...

senyum happy hepi smiling smile ar rahnu pajak gadai public gold emas 916 999

AWAS !!!!!

Nasihat saya, untuk menggunakan Teknik Ar Rahnu memerlukan ilmu dan strategi yang betul. Silap percaturan dan strategi bakal mengundang masalah besar. Tips dan pengalaman saya menggunakan Ar Rahnu akan saya kongsikan dalam post akan datang..tungguuu...

Berhati-hati juga dengan skim pelaburan emas yang menggunakan teknik manipulasi pajak gadai Ar Rahnu. Ramai yang telah merana memikul beban hutang kerana terpengaruh dengan janji manis pengedar atau penjual yang menggunakan teknik ini.

Apapun, duit kita, kita yang tentukan portfolio pelaburan mengikut kemampuan dan tahap kesanggupan kita memikul risiko....Pastikan kita benar-benar faham dengan pelaburan yang kita ceburi....jangan sampai duit yang dilabur terus MELEBUR...jadilah pelabur yang bijak..


Saya doakan kita semua Kaya dan Berjaya selalu...
Amiinnnn..



Monday, 15 July 2013

MUDAHNYA MERAIH UNTUNG DENGAN EMAS PUBLIC GOLD

Assalammualaikum w.b.t

Ada orang berkata kepada saya, harga emas sekarang jatuh teruk. Rugi beli emas sekarang...saya hanya tersenyum dan menjawab semula...kalau dah katanya pelaburan, pasti ada risiko....kalau anda ada ILMU yang betul, mentor yang betul, in shaa Allah...setiap risiko boleh diminima / dimitigasi kan...

Jika kita membuat pelaburan emas, perlu setkan berapa peratus keuntungan yang kita sasarkan...atau kerugian yang kita mampu absorb. Tapi jika anda pelabur yang ingin mengambil untung jangka panjang (> 1 tahun) so penurunan seperti dalam graf dibawah pasti bukan sesuatu yang perlu dirisaukan. Selagi anda tak jual EMAS anda, maknanya anda masih BELUM RUGI. Kerugian hanyalah di atas kertas..bukan dalam RM.

Emas adalah pelaburan jangka panjang. Kalau kita lihat dalam tahun ini, memang emas seolah-olah menunjukkan harga yang sangat rendah berbanding tahun lepas. Tetapi jika kita luaskan horizon pemandangan kita, emas akan menempa kenaikan harga semula setelah proses "correction"nya selesai.

emas murah best syok harga rendah untung


Apapun, harga emas memang akan naik dan turun setiap minit. Jika melabur dengan emas Public Gold, anda masih mampu membuat keuntungan walaupun pada ketika harga rendah ini. Harga emas Public Gold di kemaskini setiap 20 minit.

Kepada yang membeli emas pada 28.6.13 yang lalu, pastinya tersenyum ketika ini kerana harga emas sekarang berada pada paras 10% lebih tinggi berbanding harga pada 28.6.13. Jika anda seorang pelabur yang mengambil untung "sikit-sikit" tapi "banyak-banyak kali", dah boleh semak-semak harga untuk jual.

emas murah best syok harga rendah untung

Memang mudah mengaut untung dengan Public Gold kerana anda boleh BELI dan JUAL emas dengan sistem LOCK HARGA ONLINE shj. Ambil kesempatan ketika HARGA RENDAH untuk LOCK BELI. Then, ambil kesempatan ketika HARGA TINGGI untuk LOCK JUAL. Walaupun ketika itu jam menunjukkan 3pagi...Anda hanya perlukan laptop/smartphone dan internet connection. Mudah bangat...hehehe...

Harga yang saya paparkan diatas saya capture bukan pada harga terendah atau tertinggi. Trend dibawah adalah harga PEAK untuk tarikh 28.6.13 dan 11.7.13. Emm...agak menarik kan...dalam 15hari boleh buat untung dalam 10%..ok la...ASB pun baru 8% setahun :)

kitco graf trend emas best

Jika anda ingin lebih pencerahan, hubungi saya...saya bantu anda..In Shaa Allah..

Rohaya
Priority Dealer Public Gold
019-3829751

Nur Affendy
Normal Dealer
017-6290890

Saturday, 13 July 2013

JANGKAAN PERGERAKAN HARGA EMAS - 15.7.13 hingga 19.7.13

Nak tahu apa jangkaan harga emas next week (14.7.13 - 19.7.13) ?

Seperti biasa pada setiap hari terakhir untuk setiap minggu, Kitco.com akan mengeluarkan result survey mengenai jangkaan harga emas untuk minggu berikutnya.

Survey ini kita boleh jadikan panduan apa pandangan para bullion dealers, investment banks, future traders, money managers dan technical chart analysts terhadap prestasi emas. So far, jangkaan daripada peserta survey adalah 44% BETUL dengan kadar ketepatan 50%. So, kira boleh pakai jugak la survey nie..penting untuk menentukan tindakan kita pada minggu berikutnya.

Kalau ikut kata survey, majority menjangkakan (48%) pergerakan harga NAIK (Bullish). Manakala hanya 28% mengatakan harga akan TURUN (Bearish) dan selebihnya neutral.

survey harga emas naik bullish bearish turun public gold untung duit kaya


So, kalau pelabur yang ingin merasa keuntungan emas, boleh keep monitor harga di SINI dan ambil tindakan untuk JUAL bagi meraih UNTUNG.

Jika benar-benar ingin mulakan pelaburan emas, EMAS PUBLIC GOLD adalah pilihan terbaik. Baca entry saya sebelum ini untuk ketahui KELEBIHAN PRODUK EMAS PUBLIC GOLD.

Message/WhatsApp saya jika inginkan in person coaching..saya bersedia bantu anda..0193829751 (Rohaya)

Untuk berjaya dalam pelaburan, ILMU sangat-sangat penting..In Shaa Allah saya bantu anda KAYA dan BERJAYA dengan EMAS PUBLIC GOLD.

"FAST ACTION, FAST RESULT"

Untuk baca full report survey, klik DI SINI

Saturday, 22 June 2013

Kelebihan Produk Emas Public Gold

<img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDIGokUAreD7RuixQf8LTo1_vJlEdr7WmZAmRXIGzfXOMLxgHSe6psRGDAsGHapMUpg8IZ1xwA0NCwUm9FmKm2Lf_VVZJF6rYkddGKZ0_F5I5jSeGcgjDyQR6VJUrJi5m5lo9_go5kGLI/s1600/seo+icon.jpg" alt="emas"/>



1. Mampu memperoleh keuntungan yang lebih cepat kerana HARGA dikemaskini setiap 20 minit mengikut harga pasaran antarabangsa

2. Mampu memperoleh keuntungan yang lebih banyak kerana SPREAD yang ditawarkan adalah sangat rendah (antara 4.5% hingga 8% untuk variasi produk dinar dan jongkong. Manakala spread untuk dealer boleh capai sehingga 2% sahaja)

3. Urusan pengambilan dan pemulangan emas menjadi sangat mudah di 18 cawangan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

4. Public Gold turut menawarkan perkhidmatan Public Safe untuk pelanggan menyimpan emas dalam Peti Simpanan Selamat

5. Mempunyai stok yang mencukupi dan berupaya membekalkan produk yang dipesan kerana mempunyai kilang minting dan refining emas di Pulau Pinang.

6. Public Gold turut menyediakan perkhidmatan gadaian Ar Rahnu bagi produk Gold Bar, Silver dan Dinar Emas. 

7. Sistem Kunci Harga (lock) ditawarkan secara online 24jam untuk belian dan jualan semula emas. Pelanggan boleh kunci harga di web Public Gold utk belian dan jualan semula emas. Setakat ini tiada lagi syarikat yang menawarkan sistem kunci harga untuk jualan semula emas kepada pengeluar.



Rebut peluang pada musim harga rendah ini untuk mulakan Pelaburan Emas dengan Public Gold..kami bantu anda, in shaa Allah...






Hubungi kami di : Nurroh Jutawan Emas
sms : 017-6290890 (fendy) / 019-3829751 (rohaya)



Friday, 21 June 2013

APA ITU DUIT ??



Hehehe..apa plak entry aku kali nie kan...malang la sapa yang tak kenal apa itu DUIT... :)



Tapi adakah anda benar-benar tahu APA ITU DUIT ?
Apa itu duit kertas yang ada di sekeliling kita pada hari ini ?
Bagaimana ia dicipta ?
Siapa yang mencetaknya dan atas dasar apa ia dicetak ?

Bukan soal ilmu perkilangan duit yang kita bicarakan. Tapi bersandarkan apa nilai duit itu dicetak?..

Jika anda ingin TAHU APA ITU DUIT, baca DISINI


Jika ingin pelajari ILMU MENJANA DUIT dan EMAS, baca di Nurroh Jutawan Emas

Semoga kita terus berjaya dan bahagia sentiasa..In Shaa Allah




Thursday, 20 June 2013

HARGA EMAS TERJUNAM ???...biar betul...

Apa kes dengan harga emas harini...macam jatuh terjunam...saje nak bagi durian runtuh agaknye...


Pergerakan harga emas pada 20.6.13 (trend kaler hijau)

Harga runtuh macam nie sebenarnya memberi keuntungan kepada pelabur emas untuk tambah stok...tp khabarnya mlm nie ada news akan diwar-warkan...

Apa agaknye ye...tunggggguuuuuuu

Kalau ada sapa-sapa yang berminat nak mulakan pelaburan emas, jangan ragu-ragu...boleh call atau msg kami...in shaa Allah kami bantu...

admin salunemas : 019-3829751 (Rohaya) atau 017-6290890 (Fendy)

cer LIKE fb kami di : Nurroh Pelaburan Emas




Sunday, 2 June 2013

EMAS D-SERIES PUBLIC GOLD - melenyapkan kerisauan anda tentang kos upah...

BERITA HEBAT - RANTAI TANGAN TANPA KOS UPAH TUKANG

Bagi peminat rantai tangan, syarikat Public Gold memahami keperluan anda. Selain daripada produk jongkong emas, dinar dan barangan I-SERIES, syarikat Public Gold turut menawarkan 4 variasi RANTAI TANGAN D-SERIES yang comel-comel untuk dipilih.

DUA (2) KELEBIHAN UTAMA produk D-SERIES Public Gold ?

1. EMAS PADA HARGA PASARAN DUNIA
Harga emas Public Gold dikemaskini setiap 20mins. Ini memberi kelebihan kepada penggemar emas untuk mendapatkan emas pada harga serendah yang boleh pada satu-satu masa. Pantau harga emas di laman web Public Gold dan lock harga di website mengikut harga yang terendah yang kita mahukan...

Harga emas terkini boleh disemak dengan klik link dibawah :

Public Jewellery : http://www.publicjewellery.com.my/


2. TIADA KOS UPAH TUKANG
Pelanggan tidak perlu bertegang urat dengan tokey emas untuk menawar harga emas...ini yang best sekali...

Tiada kos upah tukang untuk mana-mana produk D-SERIES Public Gold. Pelanggan akan dapat membeli emas mengikut kos-per-gram.
(Public Gold hanya mengenakan kos pengangkutan sebanyak RM20 untuk setiap item bagi pelanggan yang mengambil produk di cawangan Public Gold luar Penang)













BUATLAH PILIHAN ANDA



Hubungi saya jika inginkan lebih info...

EMAS dan INFLASI...

Kita mengeluh bila kuasa beli kita makin merosot akibat tekanan inflasi. Mungkin sebahagian dari kita tahu harga seekor kambing 1400 thn dulu adalah 1 dinar. Hari ini harga seekor kambing masih 1 dinar. 

So nilai wang berubah (semakin merosot), tapi SEKETUL EMAS tetap SEKETUL EMAS..dan disebabkan penawaran EMAS semakin sukar diperolehi, nilainya semakin meningkat (2003-2013 meningkat lebih 350% dari RM38/g kepada RM140/g)

Hari ini jika anda menabung dan menjangkakan akan memperoleh RM100,000.00 dalam masa 10tahun, berapakah nilai sebenar wang RM100,000.00 pada waktu tersebut? Wang anda pasti 'bocor' ditelan iNFLASI..

Bayangkan pula jika secara perlahan-lahan anda menabung dengan pelaburan EMAS (terbaik adalah EMAS FIZIKAL) berapakah nilai simpanan anda pada 10thn akan datang? 

Bukankah EMAS adalah jawapan terbaik masalah inflasi?



Sunday, 26 May 2013

Alhamdulillah...

Alhamdulillah....

Semakin ramai yang celik emas semenjak kami, Nurroh Pelaburan Emas memulakan langkah untuk menyedarkan sahabat-sahabat kami tentang pentingnya pelaburan emas ini sbg aset kalis inflasi dan mengelakkan kebocoran wang dari poket / bank kita....

Tahniah kepada Rahimah, Hj Halim dan Suhana kerana telah memulakan langkah yang bijak...

Tahniah juga kepada pelanggan / new buyer kami atas sokongan tuan/puan/cik semua...in shaa Allah...semakin ramai akan sedar tentang perlunya kita menyimpan emas terutamanya dalam meningkatkan nilai aset kita di masa hadapan...


TAHNIAH SEMUA..



Public Gold Branch

Okay...dalam post kali ni aku akan share senarai cawangan Public Gold seluruh Semenanjung Malaysia untuk rujukan para pelabur semua..


1) Yang ni untuk senarai branch area UTARA



2) Yang ni untuk senarai branch area TENGAH



3) Yang ni untuk senarai timur dan selatan - dan juga cawangan di Sabah dan Sarawak




Kalau tak berapa nampak, boleh semak terus di web Public Gold...boleh follow link kat bawah nie..





Selamat Memulakan Langkah Pertama Anda dengan Pelaburan Emas Public Gold



Monday, 20 May 2013

Promosi Dealer Bulan Mei

Promosi Datang Lagi...REBUT PELUANG UNTUK MENJADI DEALER PUBLIC GOLD...



Promosi bulan Mei menawarkan peluang menjadi dealer dengan cara :

Kaedah 1 :

Membuat pembelian mana-mana produk emas Public Gold berjumlah RM20,000 dalam satu resit.
Pilihan produk merangkumi gold bar, dinar, i-series, d-series atau gold coin
Dengan HARGA EMAS yang sangat RENDAH pada masa ini membolehkan anda memperolehi berat emas yang lebih banyak
Boleh semak harga emas pada hari ini di : http://www.publicgold.com.my/referral/PG027901/290751

Kaedah 2 :

Membuat pembelian 5kg silver dalam satu resit.
Harga perak pada masa artikel ini ditulis adalah RM2,678.00 / kg
Dengan pembelian hanya sebanyak RM13,390.00 telah melayakkan anda menjadi Dealer Public Gold
Boleh semak harga silver pada hari ini di : http://www.publicgold.com.my/referral/PG027901/290751

Mesti anda tertanya-tanya - Apa kelebihan menjadi Dealer Public Gold nie?..

Okay...ada 3 kategori dealer Public Gold dan pelbagai komisyen menarik bakal diberikan kpd dealer :

Normal Dealer – Belian Minimum RM20,000
Priority Dealer – Belian Minimum RM100,000
Master Dealer – Introduce 5 Orang Priority Dealer Sahaja








Apa yang paling best bila menjadi dealer Public Gold, selain dari komisyen , kita sebenarnya telah meRENDAHkan SPREAD EMAS yang kita BELI untuk diri kita sendiri.

Apabila SPREAD RENDAH, ini membolehkan kita membuat keUNTUNGan dengan lebih CEPAT.


Sebagai contoh :

Sebagai Dealer biasa, kita akan diberikan komisyen sebanyak 1% apabila memBELI emas. Kita juga akan diberikan komisyen sebanyak 0.5% apabila menJUAL emas.

Jumlah komisyen Dealer semasa Beli dan Jual Emas = 1% + 0.5% = 1.5%

Katakan kita membeli produk 10 Dinar yang mempunyai spread 5%, maka spread sebenar kita sebagai Dealer hanyalah setakat 3.5% sahaja.

Menarik bukan...kita tak perlu tunggu lama untuk mendapat untung dengan emas kita. Harga naik melebihi sasaran kita dah boleh jual....

untuk dapatkan senarai produk dan spread masing-masing, boleh semak post saya di : Pilihan Produk Public Gold

Jika masih ragu-ragu, boleh msg/call/watsapp saya...atau boleh juga layari facebook saya untuk share more information...

fb : Nurroh Pelaburan Emas

https://www.facebook.com/pages/Nurroh-Pelaburan-Emas/647435785272550?ref=hl

selamat melabur...






Wednesday, 3 April 2013

Bila DUIT sudah TIDAK SELAMAT disimpan di BANK!


Posted: 02 Apr 2013 10:20 PM PDT

Money Is Not Safe In Bank

Posted on March 24, 2013

1

Government is going to steal some of them…

Cyprus, is country on a small island and a member of the European Union (EU). All members in EU shares the same currency known as Euro.

Cyrus is facing a financial disaster in the country. They lent money to Greece. When the Greek economy came down, the Cypriot banks double the gambling by buying up Greek government bonds in the hopes of a bailout. Unfortunately, Greece is now broke. Cypriot banks owe more money than they have. Actually, Cypriot banks owe more money than the whole country’s GDP. Right now, the Cypriot banks need a financial bailout from the European Central Bank. The bad news is, European Central Bank told the Cypriot that they have to come out with their own money to save the country.


Where to find the money? Cyprus has decided to steal the money from the people!On 15th March 2013, the government of Cyprus announced that it was going to tax(another word for stealing) 6.75% of all bank accounts less than €100k and 9.99% of all bank accounts more than €100k. For example, if you have RM100k in the bank, the next day you wake up you only have RM90k left. What happened? Oh nothing, the government has just decided to take away your money.

 
As a logical response, everyone in Cyprus rushed to the banks to take out their money. In order to avoid people getting their cash out of the banks, the Cyprus government declared a national holiday and closed the banks. People lined up at the ATM machine and soon found out the ATM machines are EMPTIED.

Here is the ironic part. If the government can steal 6.75% or 9.99% from the people, what’s stopping the government to steal even more? On 19th March 2013, the Cyprus changed the plan. They decided to steal 3% tax on deposits below €100k, 6.75% on those €100-€500k and 15% on those more than €500k. The reality is, the government can steal as much as they want.

On Friday, 22nd March 2013, the government have decided they would steal from their pension funds (equivalent to Malaysia EPF / KWSP). At the point of writing this, there isn’t any plan that is finalized. But whatever “solution“ Cyprus government going to come out with, it is going to hurt the people in the country and it is NOT going to be pleasant.

Right now, the people in Cyprus have lost trust the banking system. Shops do NOT accept credit card and cheque, they only accept cash – as whatever payment made by credit card or cheque, the government is going to steal a portion of it. This is a typical example of: your money is safer under your mattress than in the banks.

Whatever happening in Cyprus is hinting us the global debt crisis is not over, it is only worsening. Cyprus is the fire starter and the worse is yet to come. During the time of financial crisis, gold and silver are the safest option to store wealth. Gold is good for storing high amount of monetary value.

Original Source : Daniel Foo

 

Monday, 25 March 2013

Salam perkenalan...

Salam perkenalan kepada semua visitor blog salunemas.blogspot.com..blog ini bertujuan untuk berkongsi rahsia dan ilmu berkenaan pelaburan emas melalui pembacaan dan pengalaman saya dalam mendalami ilmu emas..saya percaya ramai yang mempunyai emas terutamanya golongan hawa kan..samada untuk perhiasan diri atau untuk diberi kepada anak gadis mereka...

Saya sangat suka kan emas...sebelum ini saya beli emas hanyalah untuk kegunaan sendiri..tp kita perlu akui emas mempunyai auranya yang tersendiri..dari situ saya cuba pelajari teknik dan rahsia untuk melabur dalam emas dengan cara yang betul..jenis pelaburan emas apa yang patut kita involve..ilmu bagi mengelakkan penipuan dalam skim pelaburan emas dan pelbagai rahsia lain yang akan saya kongsikan di dalam blog ini..

Saya pun masih baru dalam mencungkil rahsia emas nie.....banyak yang perlu dipelajari..saya sendiri merupakan follower kepada sifu emas yang popular di alam maya ini..antaranya jutawanemas Syukor Hashim melalui web beliau jutawanemas.com dan Tuan Mohamad Rosaidi di www.rahsiaemasdanperak.com.

 
Apapun...setiap kejayaan bermula dari langkah pertama..masih belum terlambat...kepada yang berminat untuk mencungkil rahsia emas dan kekuasaannya.....apa tunggu lagi...jom layannn blog saya nie...